Apabila pancaran mentari itu,
Menghiasi hijaunya si flora,
Menusuk hitaman mata.
Kagum dalam merasai,
Merasa berbunga,
Kerana secebis ketenangan yang dirasa.
Namun saat itu menjadi kita lupa,
Sehingga kita berkata,
Indahnya jika aku punya dunia,
Yang indah sebegini rupa.
Aduh.
Kita terlupa.
Tiada pujian melagu di bibir,
Mengucap syukur pada Yang Kuasa.
Bila hadirnya mehnah.
Saat itu kita baru tersedar dari lamunan dunia.
Oh semua ini Tuhan punya.
Bukan maksud-Nya untuk membuat kita kecewa,
Kerana janji Dia,
Dia akan menambah nikmat-Nya sekiranya syukur itu kita pegang seeratnya.
Moga syukur itu sentiasa ada.
Dalam sanubari hamba iaitu kita.

No comments:
Post a Comment