Saturday, 16 September 2017

Harapan Yang Aku Tamatkan

Bismillah.

Dah lama rasanya aku tak menulis, tak menaip, tak berpuisi. Dan sebenarnya aku pun memang sedang lari dari bahana assignment yang memerah otak yang sudah sekian lama menepu.

Sekarang aku diuji. Diuji dengan sesuatu ujian yang pada awalnya aku bersiap siaga agar tak terjebak sama, tapi akhirnya aku sendiri rebah tersungkur ke dalamnya jua.

Astaghfirullah. Ampunkan hamba-Mu ini Ya Allah.

Kehadiran seorang demi seorang, setiap tahun, yang sentiasa mencuri harapan dari seorang aku. Membuatkan aku menyimpan harapan dan kecewa yang tiada sudahnya.

Allah. Memang benar, tiada harapan yang benar-benar terlaksana, melainkan akan tetap jadi sebuah kekecewaan bila bergantung harap pada makhluk yang bernama manusia.

Wahai, cukuplah setakat di sini. Aku rasa aku tak patut teruskan pengharapan ini lagi. Aku seharusnya belajar dan belajar dari kesilapan. Mulai saat ini, aku rasa aku ingin berhenti. Berhenti untuk menyelidik tentang diri kau lagi.

Kali ini akan aku biar kau lepas. Aku cuba simpankan ia dalam doa. Kerana kau termasuk dalam orang yang aku sayang.

Aku pun sudah terawang-awang. Aku jadi lalai dari ingin mengejar sebuah cinta yang lebih hakiki.

Perit? Tipulah kalau aku kata tidak. Tapi, harga sebuah keperitan dengan nikmat yang Tuhan hadiahkan tak sama. Jika aku mampu untuk hargainya, aku pasti akan jadi kental dengan rasa perit itu.

Biarlah. Aku simpan rasa itu dan moga ia akan jadi abu yang hilang takkan kembali.