Saturday, 16 September 2017

Harapan Yang Aku Tamatkan

Bismillah.

Dah lama rasanya aku tak menulis, tak menaip, tak berpuisi. Dan sebenarnya aku pun memang sedang lari dari bahana assignment yang memerah otak yang sudah sekian lama menepu.

Sekarang aku diuji. Diuji dengan sesuatu ujian yang pada awalnya aku bersiap siaga agar tak terjebak sama, tapi akhirnya aku sendiri rebah tersungkur ke dalamnya jua.

Astaghfirullah. Ampunkan hamba-Mu ini Ya Allah.

Kehadiran seorang demi seorang, setiap tahun, yang sentiasa mencuri harapan dari seorang aku. Membuatkan aku menyimpan harapan dan kecewa yang tiada sudahnya.

Allah. Memang benar, tiada harapan yang benar-benar terlaksana, melainkan akan tetap jadi sebuah kekecewaan bila bergantung harap pada makhluk yang bernama manusia.

Wahai, cukuplah setakat di sini. Aku rasa aku tak patut teruskan pengharapan ini lagi. Aku seharusnya belajar dan belajar dari kesilapan. Mulai saat ini, aku rasa aku ingin berhenti. Berhenti untuk menyelidik tentang diri kau lagi.

Kali ini akan aku biar kau lepas. Aku cuba simpankan ia dalam doa. Kerana kau termasuk dalam orang yang aku sayang.

Aku pun sudah terawang-awang. Aku jadi lalai dari ingin mengejar sebuah cinta yang lebih hakiki.

Perit? Tipulah kalau aku kata tidak. Tapi, harga sebuah keperitan dengan nikmat yang Tuhan hadiahkan tak sama. Jika aku mampu untuk hargainya, aku pasti akan jadi kental dengan rasa perit itu.

Biarlah. Aku simpan rasa itu dan moga ia akan jadi abu yang hilang takkan kembali.

Tuesday, 27 June 2017

Gadis Syahid

Mawar Syuhada.

Ia bukanlah nama sebenar aku.

Mawar menurut definisi aku yang biasa-biasa ni, lebih merujuk kepada seorang perempuan atau gadis.

Syuhada, bukankah selalu dikaitkan dengan orang yang syahid? Kan? Hah, lebih kurang begitulah. Aku pun nak juga merasa untuk jadi seorang yang syahid. Macam pejuang Islam, Summayyah, and seangkatan dengan beliau.

Aku tahu tindakan aku tak selari dengan nama yang aku beri untuk blog aku yang serba hambar ini. Tapi, itulah impian aku, seorang hamba yang kerdil lagi nothing.

Sebenarnya, menulis ibarat jiwa aku. Tapi ia dah lama terbungkam. Aku dah lama pendam. Sebab dah banyak tapisan yang aku buat terhadap niat aku nak menulis ni. Sebab aku tahu, aku banyak buat silap pada ramai orang. Dan bila aku tulis tentang kebaikan, kadang-kadang aku rasa banyak lagi benda yang aku perlu settlekan. Sebab aku bukanlah yang macam aku tulis. Mungkin?

Entahlah. Aku tahu Tuhan itu lebih tahu siapa aku. Tapi pada masa yang sama, aku juga rasa yang aku hipokrit dengan Tuhan.

Hakikatnya tentang aku. Mereka menilai aku sebagai seorang yang lemah lembut. Dan pada hakikatnya juga, aku sebenarnya ada jiwa brutal dalam diri aku. Cuma kau je tak tahu. Eh eh takdelah. Aku tak tahulah macam mana brutal itu tapi aku adalah seorang yang berpendirian. Semangat aku lain macam walau luaran kau nampak aku macam buat tak tahu.

Aku cuba untuk jadi lembut luar dan dalam. Tapi hakikatnya, di sebalik cuba itu ada kepayahan yang aku lalui. Susah sangat bagi aku. Kerana aku juga seorang rebellion.

Bila kau adalah seorang rebellion, then tetiba kau kena ikut disiplin dalam Islam? Then kau rasa macam, haih semua benda tak boleh buat then apa benda je boleh buat?

Tapi takpe. Aku tahu semua itu untuk kebaikan. Memanglah dunia ni penjara orang beriman. Kalau kau dengar pasal syurga, kau akan lupa dunia kejap. Sebab hakikatnya dunia ni takde apa pun!

Yelah siapa aku pun nak terang pasal syurga. Terlalu amazing. Kalau aku nak terangkan, erm aku sarankan kau carilah ustaz/ustazah yang bila kau dengar ceramah dia kau rasa macam 'in love' dengan ceramah dialah. Bukan si pemberi ceramah. Macam ustaz Iqbal Zain al-Jauhari ke, Habib Zainal Abidin, Ustazah Fatimah Syarha dan seangkatan dengannya.

Okay berbalik pada topik aku tadi. Ya sebab itulah aku nak syahid. Sebab aku suka pada lagu Bintang Syurga - UNIC. Eh eh taklah. Sebab aku nak rasa nikmatnya syurga dengan jalan syahid. Aku rasa nak terjun dalam situasi kanak-kanak Palestin, Syria. Aku tahu rasa ini tak sekuat mana tapi aku ada rasa untuk itu.

Macam aku kata tadi, aku tahu tindakan aku tak selari dengan apa yang aku tulis. Tapi ya aku cuma insan biasa. Aku berharap ia akan jadi kenyataan. In shaa Allah satu hari nanti. Amin.

Saturday, 24 June 2017

Sesuatu

Ada satu ketika. Aku rasa bahagia. Tapi ketika itu, aku belum tahu apa-apa. Semakin meningkat dewasa, aku diulit rasa resah yang berpanjangan. Bila ujian bertimpa-timpa. Tanpa bertemu jalan penyelesaian.

Aku cuba sebenarnya. Dan terus mencuba. Namun hakikatnya aku tetap jatuh pada lubang yang sama. Sukarnya mengejar syurga. Padahal aku tahu, ia taklah sesukar yang aku bayangkan. Seakan ada tembok yang besar, menghalang aku untuk mengejar indahnya syurga. Tapi sebenarnya ia bukanlah halangan tetapi ia kekuatan.

Aku buntu. Adakah ini sebuah perjalanan atau sabotaj dari diri aku sendiri?

Di pagi Aidifitri. Aku menulis ini. Saat aku lama perhati dan aku pendam dalam hati.

Jauh di sudut hati. Aku ingin sampaikan sesuatu. Aku tahu segala persiapan harus tersedia sebelum tiba hari mati. Aku ingin menyiapkan semua itu. Tapi, bukan mudah. Dan Ya Allah, tolonglah beri aku peluang sekali lagi.